• Suspek Kes Bunuh Lelaki Di Stesen Minyak Dikenal Pasti

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU - Polis mengenal pasti empat suspek yang terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini malam tadi.

    Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd. berkata, usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menahan keempat-empat suspek tersebut.

    Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati kenderaan BMW 520i yang dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran yang bukan miliknya.

    "Pemilik asal berjaya dikesan dan setelah ditemubual, kami dapati tiada kaitan dengan kes ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Beliau berkata melalui bedah siasat dijalankan pihak Hospital Sultanah Aminah, mangsa turut disahkan meninggal dunia akibat tikaman.

    - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Suspek Kes Bunuh Lelaki Di Stesen Minyak Dikenal Pasti "