• SUPP Stakan Tekad Bantu Golongan Memerlukan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+
    KUCHING: Dalam usaha membantu golongan yang memerlukan terutamanya di kawasan Stakan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan berharap orang ramai memberikan sokongan dan kepercayaan kepada mereka.

    Pengerusinya, Sim Kiang Chiok berkata, walaupun cawangan tersebut baharu sahaja ditubuhkan pada 2016, namun pihaknya bertekad untuk membantu golongan yang memerlukan agar jurang kehidupan dapat dikurangkan.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Sim berkata, sokongan padu daripada rakyat amat diperlukan dalam memberi kesan positif kepada pertumbuhan sihat sosial dan ekonomi setempat.

    Menurutnya, walaupun cawangan tersebut baharu sahaja ditubuhkan namun pihaknya telah menampakkan sedikit kejayaan dalam menyusun atur permintaan dan keperluan rakyat di kawasan terbabit.

    “Kami berjaya membantu dalam bidang pencegahan jenayah melalui ceramah dan perkongsian dengan agensi dan jabatan kerajaaan yang berkaitan.

    “Kerajaan telah banyak membantu rakyat dalam mengurangkan kos sara hidup dan membantu mereka meningkat maju melalui pelbagai perkara dan sekarang ini rakyat sedang dalam penantian untuk melihat LRT dan tarif elektrik bagi tujuan komersil dan sebagainya.” katanya.

    Jesteru, dengan rombakan dan pemilihan baharu ahli jawatankuasa (AJK) pada mesyuarat agung tahunan cawangan berkenaan baru-baru ini, SUPP Stakan komited memastikan keperluan rakyat kawasan Stakan amnya akan dipenuhi.- Sarawakiana
  • No Comment to " SUPP Stakan Tekad Bantu Golongan Memerlukan "