• SUPP Pertaruh Harapan Mampu Menang Di Stampin Dan Kuching

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) percaya Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang untuk memenangi kerusi Parlimen Stampin kerana bilangan pengundi bumiputera yang tinggi di kawasan berkenaan.

    Memetik laporan The Borneo Post, Pengerusi SUPP Stakan Sim Kian Chiok berkata beliau juga tidak menolak kemungkinan BN mampu untuk memenangi kerusi Parlimen Kuching sekiranya BN bekerja keras memastikan dasar adil bagi semua kaum.

    "Sekiranya ditanya mengenai kerusi di Kuching, iaitu Bandar Kuching dan Stampin, bolehkah BN menang, maka saya akan mengatakan lebih mudah untuk merampas kembali Stampin kerana ada lebih banyak pengundi Bumiputera di sana,"

    "Namun saya percaya BN dapat menang kembali Stampin malah mungkin juga boleh memenangi Bandar Kuching," katanya.

    Sim menambah, BN harus memastikan propaganda pembangkang dapat dapat ditentang sepenuhnya.

    Kerusi Parlimen Stampin meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah, Kota Sentosa dan Batu Kitang; sementara kerusi Parlimen Bandar Kuching terdiri daripada kerusi DUN Padungan, Pending dan Batu Lintang.

    Pada PRU yang lepas, kedua-dua kerusi berkenaan disandang oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) iaitu Julian Tan (Stampin) dan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching). - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " SUPP Pertaruh Harapan Mampu Menang Di Stampin Dan Kuching "