• SUPP Bersedia Rampas Balik Kerusi Kalah

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    Bagi memastikan Sarawak lebih kuat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu merampas kembali kerusi yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Presidennya Datuk Dr Sim Kui Hian.

    Sehubungan itu beliau berkata, SUPP tidak kisah pandangan pihak luar terhadap parti tersebut.

    "Bersedia untuk PRU14 dan jadikan Sarawak lebih kuat," katanya.

    Menurutnya, SUPP boleh melakar kejutan sekiranya setiap ahli menetapkan minda untuk berjaya.

    "Kita boleh lakukannya," ujarnya.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), SUPP yang menggunakan tiket BN kalah enam kerusi merangkumi Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri.

    Hanya kerusi Parlimen Serian dimenangi SUPP menerusi Dato Sri Richard Riot Jaem.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " SUPP Bersedia Rampas Balik Kerusi Kalah "