• Sultan Terengganu Terima Insentif Sukan SEA

    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+

    KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang memperolehi pingat emas dalam acara kuda lasak pada Sukan SEA 2017 lalu, menerima insentif sebanyak RM5,500 pada majlis penyampaian insentif kejayaan atlet pada temasya itu semalam.

    Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan insentif itu kepada Sultan Mizan.

    Turut hadir pada majlis itu adalah Yang Dipertua Dewan Undangan negeri, Datuk Mohd Zuber Embong; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Ismail serta Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat.

    Jaguh lumba basikal negara, Fatehah Mustapa penerima insentif terbanyak iaitu berjumlah RM18,000 selepas memperoleh empat pingat emas dalam acara sprint berpasukan, sprint, keirin dan acara 500 meter.

    Zuhairie Ahmad Tarmizi yang memperoleh tiga pingat emas dan satu perak dalam acara berbasikal pada temasya PARA Asean 2017 pula menerima insentif berjumlah RM18,500.

    erah kepimpinan persatuan cemerlang adalah Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia, A Razak Mat Amin selepas pasukan itu berjaya mengutip 13 pingat emas, sembilan Perak dan dua gangsa.

    Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Zainal Abidin Hussin dari Persatuan Lumba Basikal Terengganu turut menerima anugerah kepimpinan persatuan cemerlang apabila pasukan itu berjaya menyumbangkan 13 pingat emas, 10 perak dan tiga gangsa.

    Sultan Mizan berkenan menyampaikan insentif kepada semua pemenang pingat emas manakala Ahmad Razif menyampaikan kepada pemenang pingat perak dan gangsa.

    Pada Sukan Sea 2017 Ogos lalu, semua atlet negeri berjaya menyumbangkan sebanyak 26 pingat emas, perak (16) dan gangsa (14) manakala atlet Para Asean pula berjaya menyumbangkan tujuh pingat emas, perak (12) dan 11 gangsa. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Sultan Terengganu Terima Insentif Sukan SEA "