• SPRM sedia siasat

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menyiasat sekiranya wujud unsur rasuah berhubung isu bolos membabitkan warga Bangladesh yang didedahkan Harian Metro.

    Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, buat masa ini, suruhanjaya berkenaan tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara berkenaan.

    "Sekiranya ada aduan atau maklumat rasuah mengenai isu itu, SPRM bersedia menyiasat, namun tindakan dalaman adalah bagus dibuat pihak jabatan sendiri.

    Dalam perkembangan lain, Azam berkata, pihaknya mengesahkan sudah mengambil beberapa dokumen di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membantu siasatan skandal pemberian tanah di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.

    Katanya, SPRM juga sudah membuka semula kertas siasatan berdasarkan maklumat baharu yang diperolehi.

    "Saya mengesahkan kita ada ambil beberapa dokuman di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor yang boleh membantu siasatan dan semua dokumen sedang diteliti, jadi beri kita masa untuk jalankan siasatan.

    "Saksi sedang dipanggil dan jika ada pihak yang dirasakan terbabit, SPRM akan buat siasatan lebih mendalam," katanya.

    Pada 8 Disember lalu, Speaker Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) Hannah Yeoh mengumumkan proses pemberian milikan tanah Kampung Sungai Yu kepada 175 pemohon didapati tidak mematuhi syarat.

    Baru-baru ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Tan Sri Noh Omar mendesak SPRM menyiasat perkembangan terbaru skandal pemberian milikan tanah Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor yang didapati tidak mematuhi syarat.

    Terdahulu, Dzulkifli dalam ucapannya berkata, SPRM tidak akan berhenti memburu mana-mana individu terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa serta membawa mereka ke muka pengadilan dalam membanteras jenayah itu di negara ini.

    Menurutnya, hampir setiap minggu, pihaknya menjalankan siasatan atau tangkapan dan pendakatan itu berjaya dilaksanakan sepanjang tahun ini.

    "Setiap minggu, ada siasatan dijalankan oleh pegawai SPRM malah sekiranya ada keizinan, pendakwaan juga dilakukan dan ini yang kita jalankan sepanjang tabun ini.

    "Pihak media juga memberikan liputan terbaik dan insya-Allah, pendekatan seperti ini akan diteruskan pada tahun 2018," katanya.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " SPRM sedia siasat "