• SPR Nasihat Jangan Percaya Mesej Tular Mengenai Pembubaran Parlimen Pada 11 Januari Ini

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai mesej yang ditularkan di media sosial mengenai pembubaran Parlimen pada 11 Januari tahun hadapan.

    Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, dalam mesej tersebut yang turut menyebut bahawa tarikh penamaan calon pada 11 Februari dan hari pengundian pada 25 Mac tahun hadapan adalah langsung tidak munasabah.

    “Ini kerana tarikh pembubaran dan pengundian yang dinyatakan adalah melebihi 60 hari sepertimana yang dinyatakan di bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan.

    “Perkara itu menetapkan bahawa apabila Parlimen dibubarkan suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia dibubar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai tarikh-tarikh yang ditularkan itu kerana pembubaran tersebut berada di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " SPR Nasihat Jangan Percaya Mesej Tular Mengenai Pembubaran Parlimen Pada 11 Januari Ini "