• Sokongan Kaum Cina Kepada Nanta Penting Untuk Pembangunan Kapit

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit menyeru masyarakat Cina bersatu memberi sokonga kepada Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi untuk mempertahankan kerusi beliau pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Jefferson berkata sokongan cina amat penting untuk pembangunan di kawasan Kapit.

    "Saya merayu kepada masyarakat Cina di bnadar ini untuk memberi sokongan kepada Nanta bagi menyampaikan mesej yang jelas kepada pucuk kepimpinan BN bahawa Kapit adalah kubu kuat BN,"

    "Apabila kerajaan melihat bahawa kita adalah penyokong BN, sudah tentu kerajaan akan memberikan lebih banyak pembangunan ke Kapit,"katanya.

    Jefferson menambah, Kapit sememangnya masih memerlukan banyak pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.

    Menurutnya, sejak Datuk Nanta menjadi Ahli Parlimen dan terutama ketika beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, telah banyak projek infrastruktur dan kemudahan yang dilaksanakan oleh beliau.

    "Walau bagaimanapun, kita masih dahagakan pembangunan dan memerlukan lebih banyak pembangunan untuk dilaksanakan bagi mengejar sama taraf dengan pusat-pusat bandar yang lain,"

    "Justeru, dalam usaha untuk memastikan pembangunan tanpa gangguan, pra-syarat adalah rakyat perlu bersatu dan menyokong kerajaan BN di samping memastikan kesinambungan kepimpinan," - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Sokongan Kaum Cina Kepada Nanta Penting Untuk Pembangunan Kapit "