• SKR1M Tambah Baik Gaya Hidup Dan Pertumbuhan Ekonomi Digital Sarawak

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Sistem Kabel Rakyat 1 Malaysia (SKRIM) akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak dalam menikmati gaya hidup dan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi digital.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, ketua menteri memberitahu dengan adanya rangkaian teras berkapasiti tinggi yang disediakan melalui SKR1M, beliau yakin rakyat Malaysia khususnya di Sarawak dapat menikmati gaya hidup digital dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi digital.

    "SKR1M merupakan sistem kabel dasar laut yang baharu merangkumi jarak 3,800 km dengan kapsiti awal empat TeraBait sesaat (TBps).

    "Sistem kabel ini menggunakan teknologi 100 GBps canggih yang boleh dinaik taraf kepada kapasiti reka bentuk sekurang-kurangnya 12.8 TBps," katanya menurut laporan Utusan Borneo.

    Mengulas lanjut, ketua menteri memberitahu sistem kabel ini merupakan sebahagian dripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan ketersediaan dan kualiti akses internet di Sarawak.

    "Kerajaan negeri berterima kasih kepada Telekom Malaysia Berhad (TM) kerana telah membangunkan sistem kabel ini yang sangat penting kepada Sarawak," ujar beliau.

    SKR1M merupakan hasil Usahasama Awam-Swasta (PPP) antara TM dan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). - Sarawakiana
  • No Comment to " SKR1M Tambah Baik Gaya Hidup Dan Pertumbuhan Ekonomi Digital Sarawak "