• SKMM Sekat 155 Laman Web

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA: Sebanyak 155 laman web yang berkaitan penderaan seksual ke atas kanak-kanak disekat pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

    Katanya, tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu adalah antara usaha untuk memastikan agar persekitaran atas talian selamat buat kanak-kanak.

    Tambah beliau, laman web yang disekat adalah di bawah pemerhatian Akta Komunikasi dan Multimedia.

    "Selalunya, SKMM akan bertindak selepas menerima aduan daripada orang awam.

    "Jika laman web itu dari luar negara, SKMM akan meminta bantuan daripada penyedia web antarabangsa," kata Jailani selepas majlis perasmian seminar Perlindungan Atas Talian Kanak-Kanak di Asean di sini.

    Antara ciri yang diambil kira oleh pihak kerajaan adalah melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual seperti aktiviti mengumpan mereka secara atas talian termasuk enakmen Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

    "Kami turut memperkenalkan mahkamah khas buat kanak-kanak," kata beliau.

    Tambahnya, Kabinet pada 2015 telah meluluskan Pelan Tindakan ke atas Perlindungan Kanak-Kanak Atas Talian yang membenarkan pihak tertentu untuk membangunkan program sokongan berterusan, pencegahan dan campur tangan awal yang sejajar dengan standard antarabangsa. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " SKMM Sekat 155 Laman Web "