• Sistem Pemadam Api Terapung Diperkenal Di Luar Bandar

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    LIMBANG: Komuniti IM Sarawak telah memperkenalkan kemudahan sistem pemadam api terapung kepada penduduk luar bandar di kawasan ini.

    Kemudahan tersebut disediakan untuk kampung sepanjang Sungai Limbang bagi menangani kes kebakaran berisiko di kawasan luar bandar yang sukar diakses kata Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, kebakaran merupakan ancaman besar kepada penduduk kampung khususnya di kawasan yang jauh dan sukar dihubungi kerana menyukarkan anggota bomba untuk sampai ke kampung berkenaan yang hanya dapat diakses melalui bot.

    “Kemudahan sistem pemadam api terapung melibatkan enam perkampungan tebing sungai di Limbang mampu menangani kes kebakaran di lokasi yang sukar dihubungi.

    “Kemudahan tersebut turut memberi manfaat kepada lebih 2,000 penduduk tebing Sungai Limbang sementara menunggu ketibaan bomba apabila berlakunya kebakaran,” katanya.

    Katanya, selain Pengkalan Rejab, lima lagi kampung terlibat dalam pengagihan sistem itu membabitkan Kampung Merajang, Merambut, Tanjung Unggar, Buang Abai dan Kuala Berawan.

    Beliau memberitahu, sistem pemadam api terapung itu mampu menyedut air dari sungai bagi memastikan bekalan air berterusan untuk memadam api.

    Tambahnya lagi, sistem seberat 45 kilogram itu juga mengepam 70 gelen air seminit dengan jarak jet air sejauh 26 meter dan mampu mengurangkan api daripada merebak sekiranya berlaku kebakaran.

    Beliau mahu kemudahan itu dijaga sebaiknya termasuk meningkatkan kemahiran untuk menggunakannya dengan betul termasuk di kalangan golongan wanita. – Sarawakiana
  • No Comment to " Sistem Pemadam Api Terapung Diperkenal Di Luar Bandar "