• Sisi Lain PM Najib Razak Yang Tidak Diketahui

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+


    ORANGNYA selalu nampak serius ketika bekerja, dijadikan idola anak muda sebagai pemimpin, namun siapa sangka, dalam ketegasan dalam berkata-kata, di satu sudut lain, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat seorang yang sangat santai.

    Buktinya, beliau juga mempunyai akaun Instagram. Biarpun, Najib dilihat lebih aktif di laman Twitter, namun banyak juga gambar-gambarnya diabadikan di Instagram.

    Bemula Mac tahun ini, Najib yang menggunakan nama Najib_Razak sudah mempunyai 360,000 pengikut di laman itu.

    Dengan jadual kerja yang padat, Najib tidak membiarkan akaunnya ‘bersawang’.

    Setiap kali mempunyai masa, beliau akan berselfie. Tidak kiralah dalam kereta, di pejabat, di ruang santai atau tempat terbuka, Najib akan merakamkan gambar beliau.

    Berselfie dengan pemimpin negara

    Sebagai ketua negara, Najib sudah pasti mempunyai hubungan baik dengan ketua negara. Seperti ragam orang muda, Najib juga memanfaatkan Instagram dengan berselfie dengan kenalannya itu.

    Tidak hanya perdana menteri China, Li Keqiang, malah Najib turut berselfie dengan pempin negara lain seperti Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud; Presiden Filipina, Rodrigo Duterte; Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha dan ramai lagi

    Gambar-gambar itu dirakam sama ada lawatan kerja Najib ke negara berkenaan atau menerima kunjungan mereka ke Malaysia.

    Bulan Ogos paling banyak selfie

    Melihat kepada gambar-gambarnya, bulan Ogos antara bulan yang paling aktif buat Najib di Instagram.

    Najib merakamkan kenangan dengan atlet-atlet kebangsaan apabila tahun ini Malaysia menjadi tuan rumah dalam temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

    Aksi Najib berselfie itu pernah menjadi tular apabila dikatakan antara perdana menteri yang ‘sporting’.

    Najib sentiasa mengukir senyum setiap kali butang ‘klik’ ditekan pada telefon bimbitnya.

    Jika pada 2017, kurang 700 gambar yang dimuat naik, jumlah itu pastinya akan terus meningkat pada tahun akan datang.

    -Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Sisi Lain PM Najib Razak Yang Tidak Diketahui "