• Singapura selaras operasi kesan dua rakyat Malaysia

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Singapura menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia untuk mengesan dua lelaki yang hilang selepas sampan mereka terbalik, pada Ahad.

    Dalam kenyataan di sini, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, hingga tengah hari Isnin, kapal Pengawal Pantai Polis Singapura (PCG) PH58 berada di tempat kejadian menjalankan operasi SAR.

    Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) turut mengerahkan helikopter ke tempat kejadian untuk membantu operasi SAR, kata kenyataan itu.

    MPA berkata, pihaknya dimaklumkan oleh Pusat Penyelamat Maritim Johor pada kira-kira 7.30 malam Ahad, dua lelaki dilaporkan hilang setelah sampan mereka terbalik sekitar jam 4.30 petang.

    Kes berlaku 0.8 batu nautika ke tenggara Pulau Batu Putih (Pedra Branca), pada kedudukan latitud 01˚ 19.25'N dan longitud 104˚ 24.97'E, di dalam Wilayah Maritim Mencari dan Menyelamat Singapura, katanya.

    MPA berkata, sebuah kapal Tentera Laut Republik Singapura (RSN) segera dikerahkan ke tempat kejadian untuk operasi SAR.

    Di samping itu, MPA sudah mengeluarkan maklumat meminta kapal-kapal untuk mengesan lelaki yang hilang itu dan melakukan pelayaran dengan berhati-hati di sekitar tempat kejadian itu.

    MPA berkata pihaknya sedang menyiasat insiden itu. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Singapura selaras operasi kesan dua rakyat Malaysia "