• Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC Bermula

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    ISTANBUL: Mesyuarat Majlis Menteri Luar Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bermula di Lutfi Kirdar Congress Centre di sini, dengan ucapan pembukaan oleh Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu.

    Delegasi Malaysia diketuai oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

    Sidang Kemuncak itu diadakan bagi menilai keadaan semasa susulan tindakan Pentadbiran Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang memegang kuasa, dan keputusan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmaqdis. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC Bermula "