• Seret maut hancur motosikal!

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+

    PENUNGGANG motosikal lelaki berusia 49 tahun maut diseret treler seberat lebih 40 tan sejauh hampir 10 meter di Kilometer 96, Jalan Batu Pahat - Mersing kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, mangsa Samsudin Sibon yang menunggang motosikal bersendirian dari Kampung Sri Lukut menuju ke Pekan Kahang terjatuh ketika mengelak lubang di tengah jalan.

    Katanya, treler yang penuh dengan muatan barang dari arah sama dikatakan tidak sempat mengelak kerana kedudukannya terlalu dekat selain jalan yang sempit.

    "Pemandu lori bertindak memberhentikan kenderaan sebelum mendapati mangsa terseret di bawah treler.

    “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat,” katanya.

    Muhamad berkata, kes kemalangan maut ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Seret maut hancur motosikal! "