• Serena Sibuk Urus Isu Gigi Anak

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+

    MIAMI: Di sebalik kemungkinan kembali beraksi mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia, Serena Williams berkata, beliau kini bertungkus lumus mengendali masalah gigi anak perempuannya.

    Juara Grand Slam (GP) 23 kali dan bekas pemain nombor satu dunia itu memuat naik gambar anak perempuannya, Alexis Olympia ke laman sosial Twitter, yang menunjukkan sedang mengalami kesakitan gigi.

    Kemudiannya, Williams turut memuat naik satu lagi gambar yang menunjukkan gelanggang tenis.

    Terbuka Australia akan bermula 15 Januari ini di Melbourne, dan tarikh itu hanya empat bulan selepas Williams bersalin pada 1 September lalu.

    Menerusi kemaskini terbaharu juga, Williams meminta bantuan daripada pengguna Twitter, bagaimana untuk mengatasi rasa sakit gigi.

    "Kasihan Alexis Olympia, dia tidak begitu selesa. Dia sering menangis. Saya terpaksa bersamanya sehingga dia tidur.

    "Saya sudah cuba guna tuala sejuk... air homeopati namun tidak ada yang berkesan. Ia menyentuh hati. Tolong! Ada sesiapa boleh bantu??" - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Serena Sibuk Urus Isu Gigi Anak "