• Serena Beri Bayangan Kembali Ke Gelanggang

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    NEW YORK: Bintang tenis Amerika Syarikat (AS), Serena Williams memberi bayangan akan kembali ke gelanggang antarabangsa apabila memuat naik gambar trofi emas Terbuka Australia dan sepasang kasut tenis putih di Instagram, hari ini.

    Williams, yang memenangi gelaran Grand Slam ke-23 di Terbuka Australia tahun lalu berehat agak lama susulan melahirkan anak pertamanya dan kini sedang bersiap untuk menyertai kejohanan bulan depan di Melbourne.

    "Amat teruja. Memang sangat teruja ...," kata pemain berusia 36 tahun itu menerusi paparan yang diikuti 135,000 pembaca dalam masa satu jam.

    Serena melahirkan Alexis Olympia Ohanian Jr. pada September hasil perkahwinan dengan Alexis Ohanian bulan lalu.

    Beberapa pemain wanita yang memenangi Grand Slam sebelum ini didapati mengambil cuti untuk memulakan kehidupan berkeluarga termasuk Kim Clijsters memenangi Terbuka Amerika Syarikat pada 2009, iaitu kejohanan ketiganya selepas penampilan semula sebaik memiliki anak. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Serena Beri Bayangan Kembali Ke Gelanggang "