• Seoul berjaya lancar latihan ujian tembak peluru berpandu

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+


    SEOUL: Tentera Korea Selatan, hari ini berkata, ia berjaya melakukan latihan bedilan peluru berpandu dari helikopter Apache yang bertujuan memberi tindak balas kepada sebarang provokasi musuh.

    Ia adalah kali pertama tentera Korea Selatan menguji tembakan peluru berpandu Stinger dari Apache, yang diperkenalkan kepada tentera Mei tahun lalu, kata kenyataan tentera.

    Kenyataan tidak menyebut sama ada latihan itu dilakukan untuk menangani provokasi Korea Utara. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Seoul berjaya lancar latihan ujian tembak peluru berpandu "