• Senaman Unik Untuk Tumbuh Rambut

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+

    SHENZHEN (China) – Seorang lelaki mendedahkan rahsia untuk mengelak kepalanya daripada botak dengan berjalan menggunakan kasut berat pada setiap hari.
    Xiao mendakwa rambutnya kembali tumbuh selepas dia mengamalkan senaman berjalan dengan kasut yang diikat dua besi yang setiap satu seberat 75 kilogram.

    Katanya, dia berjalan sekurang-kurangnya satu kilometer atau empat jam sehari dengan kasut berkenaan.

    Satu rakaman video menunjukkan Xiao memakai kasut khas berkenaan dan melangkah perlahan-lahan di sebuah taman di bandar ini.

    “Lihat, rambut ini baru tumbuh.

    “Saya berjalan dari tempat letak kereta ke puncak bukit ini semalam. Ia mengambil masa selama lima jam.

    “Saya mungkin berjalan sejauh satu atau dua kilometer,” katanya sambil menunjukkan rambut di kepalanya.

    Xiao memberitahu, dia belajar senaman luar biasa berkenaan daripada dua mahaguru yang mengamalkan rutin sama setiap hari.

    Menurutnya, dia kini merancang untuk berjalan dengan kasut yang beratnya mencecah 440 kilogram. – Agensi/myMetro Online

    Subjects:

  • No Comment to " Senaman Unik Untuk Tumbuh Rambut "