• Semua Rakyat Perlu Terlibat Dalam Pembangunan

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+
    Untuk membangunkan Sarawak ke peringkat seterusnya seluruh rakyat Sarawak harus terlibat secara langsung dalam setiap aspek pembangunan selagi rakyat mempunyai bakat dan kepakaran bidang khusus terutama dalam ekonomi digital.

    Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dipetik sebagai berkata, negeri ini memiliki ramai tenaga pakar yang bekerja di luar negara seperti Singapura, Australia dan sebagainya.

    Oleh yang demikian Sarawak mahu tenaga tersebut kembali ke negeri ini untuk menyumbang kepakaran yang ada agar dapat dikongsi untuk kemajuan Sarawak seterusnya.

    Kerajaan Sarawak memiliki perancangan dan strategi sendiri untuk membangunkan negeri sambil mendapat sojongan daripada kerajaan pusat.

    Malah kerajaan mempunyai cara untuk mencari dana membangunkan Sarawak sepertimana perancangan LRT yang didakwa oleh DAP sebagai projek yang tidak masuk akal.

    Apa yang ingin Abang Johari sampaikan ialah menggesa agar semua lapisan rakyat Sarawak berperanan sebagai sumber kemajuan Sarawak kerana hanya kesepakatan kerajaan dan rakyat mampu melonjak Sarawak berstatus negeri maju pada tahun 2030 nanti. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Semua Rakyat Perlu Terlibat Dalam Pembangunan "