• Semua Cawangan UTC Ditutup Tiga Hari

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA - Semua cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan ditutup selama tiga hari bermula Sabtu ini bersempena sambutan Hari Krismas.

    Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Kementerian Kewangan berkata penutupan semua UTC sehingga Isnin itu telah dipersetujui oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

    Semua UTC akan beroperasi semula pada Selasa.

    Dalam kenyataan berasingan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata semua pejabat JPN kecuali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor, akan ditutup selama tiga hari bermula Sabtu ini bersempena sambutan Krismas dan akan beroperasi semula pada Selasa.

    Pejabat JPN di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor pula hanya ditutup sehari pada Hari Krismas iaitu 25 Disember.

    Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel di pro@jpn.gov.my. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Semua Cawangan UTC Ditutup Tiga Hari "