• Semangat Perpaduan Ahli PBB Lancarkan Proses Pemilihan

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Semangat perpaduan yang jitu ketika proses pemilihan yang sedang berlangsung di peringkat ranting dan cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) amat membanggakan, demikian kata Setiausaha Agung PBB Dato Sri Stephen Rundi Utom.

    Katanya, ini menunjukkan kematangan politik di kalangan ahli dan kelancaran ketika proses pemilihan menunjukkan kematangan politik.

    "Mesyuarat perwakilan peringkat ranting dan cawangan akan selesai sebelum 31 Disember ini," katanya menurut laporan Utusan Borneo.

    PBB yang memiliki 82 cawangan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri dijadual akan mengadakan Perhimpunan Agung Tritahunan pada 8 hingga 12 Februari di Kuching tahun hadapan. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Semangat Perpaduan Ahli PBB Lancarkan Proses Pemilihan "