• Selepas California, Santa Barbara Pula Terbakar

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    CALIFORNIA, AMERIKA SYARIKAT: Selepas California, kini Santa Barbara pula bergelut dengan kebakaran besar.

    Memetik media antarabangsa, kebakaran yang melanda sekarang adalah kelima terbesar dalam sejarah moden California.

    Anggota bomba kini sedang bergelut menghalang api daripada terus merebak.

    Laporan menyatakan api merebak terlalu pantas sehingga 50,000 ekar tanah semalam, memusnahkan struktur dan hidupan yang berada di laluannya.

    Keadaan tersebut mencetuskan panik di mana 35,000 penduduk diarah berpindah keluar serta-merta.

    Kebakaran itu telah memusnahkan 524 struktur dan merosakkan 135 di bandar Ventura.

    Di kawasan Ventura yang tidak diperbadankan, 266 struktur telah musnah, manakala 56 telah rosak.

    Angin Santa Ana, dibantu oleh kelembapan yang sangat rendah, mendorong kebakaran Ventura County di atas sempadan Santa Barbara pada malam Sabtu.-Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Selepas California, Santa Barbara Pula Terbakar "