• Sektor Pemborongan & Peruncitan Janjikan Pulangan Lumayan

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Sektor pemborongan dan peruncitan harus diceburi usahawan kecil menerusi kopersi mampu menjanjikan pulangan lumayan berdasarkan permintaan tinggi.

    "Walaupun margin kecil, tetapi pemborongan dan peruncitan menjanjikan pendapatan tinggi kerana permintaan barangan keperluan harian sangat tinggi," kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menyarankan agar golongan usahawan kecil menceburi sektor tersebut dalam usaha meningkatkan pendapatan khususnya masyarakat luar bandar.

    Jelasnya, usahawan koperasi perlu bijak memanfaatkan kemudahan teknologi masa kini bagi menghadapi cabaran kaedah konvensional dan perlu tamil dengan kelainan untuk bersaing.

    "Koperasi perlu keluar dari zon selesa dan sedia berubah untuk turut menerima pakai kaedah pengurusan dan sistem operasi moden yang lebih nyata dan mesra pengguna," tegas beliau.

    Katanya, penubuhan dasar ekonomi digital memainkan peranan yang amat penting dan relevan dengan peredaran zaman justeru, usahawan perlu teribat secara langsung dalam pelaksanaan ekonomi digital supaya tidak ketinggalan. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sektor Pemborongan & Peruncitan Janjikan Pulangan Lumayan "