• Sebenarnya DAP Yang Mahukan Harga Meningkat

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 26 Disember 2017

    DAP menuntut kenaikan harga buat kali ke-4 dalam tempoh 7 tahun tetapi kerajaan BN tidak akan membenarkannya.
    ------
    Walaupun tuduhan berulang dari Pakatan bahawa kerajaan BN yang bertanggungjawab untuk kenaikan kos sara hidup, ini adalah satu contoh Kerajaan BN sebenarnya menghlang kenaikan harga yang DAP mahukan.

    Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengenakan bayaran tambahan ke atas kadar air pada tahun 2010 apabila sebelum itu tidak ada bayaran itu. Mereka kemudian menggandakan sebanyak 2 kali ganda surcaj ini pada tahun 2013. Dua tahun kemudian, mereka menaikkan kadar air secara menyeluruh.

    Kemudian pada awal tahun ini, Kerajaan Persekutuan tidak memberi kelulusan untuk satu lagi peningkatan secara menyeluruh yang akan meperlihat kadar yang sudah meningkat itu meningkat sebanyak 70%.

    Tetapi Kerajaan Pulau Pinang mengemukakan kembali permohonan untuk kenaikan lebih daripada dua kali ganda surcaj yang sudah pun dinaikkan sebanyak dua kali ganda pada tahun 2013 dan mengemukakannya kepada Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan untuk pelaksanaan segera.

    Tetapi Kerajaan Persekutuan masih tidak meluluskannya.

    Pulau Pinang meminta kelulusan Putrajaya untuk menaikkan surcaj pemuliharaan air.

    Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) masih menunggu lampu hijau dari Putrajaya untuk menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) kepada RM1 daripada 48 sen bagi setiap 1,000 liter.

    Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP dan PBA Holdings Bhd Datuk Jaseni Maidinsa berkata mereka telah mengemukakan permohonan untuk meningkatkan WCS itu pada 28 April.

    "Kami melakukan lima penyerahan semula atas permintaan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan yang terkini bertarikh 11 November," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Jadi, sekarang anda tahu siapa yang mahukan harga meningkat. Ianya DAP - bukannya BN.

    ---
    http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/penang-seeks-putrajayas-nod-to-hike-water-conservation-surcharge#xblwYV8VDwMC6cro.97

    Link asal artikel:

    Subjects:

  • No Comment to " Sebenarnya DAP Yang Mahukan Harga Meningkat "