• Sebar Video Bunuh, Bakar Mayat

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    NEW DELHI: Polis di Rajasthan, barat India menahan seorang suspek yang dipercayai menetak mati seorang lelaki sebelum membakar mangsa dan mengongsikan video kejadian yang dipercayai bermotifkan agama.

    Penyerang kejadian digelar ‘jihad cinta’ dikenali sebagai Shambhu Lal Regar ditahan selepas beberapa siri rakaman video menunjukkan dia memukul dan menikam mangsa lelaki Muslim bernama Mohammad Afrazul, 50, sebelum membakarnya tersebar di media sosial.

    Dalam video kejadian, lelaki itu mendakwa perbuatannya ‘perlu untuk melindungi maruah Hindu terhadap orang Islam.’

    Mayat rentung mangsa ditemui petang kelmarin oleh orang ramai yang memaklumkan polis.

    Satu video menunjukkan Regar menyerang mangsa menggunakan batang besi sebelum menikamnya apabila jatuh.

    Klip video kedua sepanjang satu minit pula menunjukkan Regar menyimbah cecair dipercayai petrol ke atas mayat mangsa di kawasan hutan terpencil.

    Dia kemudian dilihat menjerit ‘tinggalkan negara kami’ sebelum membakar mayat itu.

    Gelaran ‘jihad cinta’ sering digunakan pelampau Hindu yang menuduh wujud konspirasi lelaki Muslim menggoda wanita untuk memeluk Islam.

    Perkhidmatan Internet digantung untuk sementara di sebahagian negeri itu dan orang ramai digesa berhenti mengongsikan video berkenaan.

    Polis turut mengerahkan sejumlah besar anggotanya ke tempat kejadian untuk mengekalkan keamanan.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Sebar Video Bunuh, Bakar Mayat "