• Sasaran 30 Peratus Senator Wanita Dicapai Selepas PRU-14

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Sasaran 30 peratus senator dari kalangan wanita dapat dicapai selepas Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata sasaran yang disuarakan Datuk Seri Najib Razak itu bagi memastikan wanita terus memainkan peranan membangunkan negara.

    Pada masa sama, katanya, Perdana Menteri turut menyasarkan peratusan sama bagi wanita untuk menjadi anggota lembaga pengarah syarikat senarai awam (PLC).

    "Setinggi keyakinan kami letakkan terhadap Perdana Menteri untuk mencapai semua yang disasarkan.

    "Saya berdoa dan berharap Wanita UMNO terus berusaha supaya wanita tidak diabaikan lagi dari tempat pembuat keputusan dalam arena politik negara," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2017 di sini, hari ini. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " Sasaran 30 Peratus Senator Wanita Dicapai Selepas PRU-14 "