• Sarawak Perlu Kekal Negeri Contoh Perpaduan & Keharmonian Kaum

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Sarawak perlu dikekalkan sebagai contoh dalam aspek perpaduan dan keharmonian kaum kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Henry menggesa penduduk kampung beragama Kristian terus membantu mengekalkan keharmonian kaum dan agama yang sedia terjalin sejak sekian lama.

    “Perpaduan dan keharmonian ini penting kerana ia menjadi faktor utama dalam membolehkan semua kaum di negeri ini dapat meneruskan kehidupan dengan aman dan tenteram tanpa sebarang tekanan.

    “Justeru, marilah kita (masyarakat beragama Kristian) bersama-sama membantu memelihara dan mengekalkan semangat perpaduan dan keharmonian kaum ini demi kesejahteran, kejayaan dan kemakmuran berterusan,” katanya.

    Dalam pada itu, beliau berharap tradisi rumah terbuka sempena sambutan perayaan Krismas akan diteruskan sebagai salah satu platform untuk mengeratkan hubungan baik dan perpaduan dalam kalangan penduduk.

    Terdahulu, lebih 200 penduduk kampung dari kawasan terbabit menghadiri majlis tersebut sempena meraikan Hari Krismas yang akan disambut beberapa hari sahaja lagi. – Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Perlu Kekal Negeri Contoh Perpaduan & Keharmonian Kaum "