• Sarawak Bersatu Kecam Pandikar, Tapi Senyap Sokong Abang Jo Bincang MA63

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+


    “Sarawak bersama Malaysia; dulu, kini dan selamanya” Itulah ungkapan Allahyarham Tok Nan yang mengangkat semangat Sarawak untuk menuntut kembali hak yang terhakis dengan membincang secara baik bersama kerajaan pusat.

    Hari ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meneruskan apa yang diperjuangkan Allahyarham dan tidak akan berhenti selagi hak tersebut tidak dikembalikan dan ia harus dibincang bersama fakta yang kukuh.

    Semasa hayat Tok Nan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah meluluskan 13 perkara berkaitan hak Sarawak untuk di kembalikan.

    Kini Abang Jo melalui rundingan bersama Najib juga, berjaya mendapat semula Empangan Hydro Bakun, menubuhkan syarikat petrolieum (Petros) dan bank pembangunan (DBOS).

    Namun persoalannya adakah Sarawak benar-benar bersatu dalam hal berkaitan MA63?

    Memang tidak dinafikan Sarawak bersatu bila Speaker Parlimen Pandikar Amin membuat kenyataan yang tidak sepatutnya terhadap MA63. Rakyat kecam Pandikar dengan berbagai macam kata-kata dan cercaan.

    Tetapi bila Abang Jo bertegas dalam hal perbincangan MA63, tidak ramai yang menyokong usaha ketua menteri. Fokus utama adalah menuntut hak yang terhakis namun sokongan ke arah tersebut seolah tidak mendapat sokongan sepenuhnya.

    Bukan tidak jelas, usaha Abang Jo sebenarnya yang berjaya sedikit sebanyak mengembalikan hak Sarawak tetapi rakyat seakan tidak melihat hal tersebut dan seolah apa yang dikembali tidak begitu penting pada pandangan mereka.

    Susah untuk menjangkakan apa sebenarnya berlaku terhadap rakyat negeri ini yang tiap hari mencanangkan hak Sarawak dan bersatu kecam pihak yang cuba mempermainkan hak tersebut tetapi senyap bila dan tidak menunjuk sikap bersatu untuk menunjukkan sokongan terhadap usaha Abang Jo dan Najib membincang MA63 secara serius. – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Bersatu Kecam Pandikar, Tapi Senyap Sokong Abang Jo Bincang MA63 "