• Sarawak Bebas Utarakan Isu MA63 - Najib

    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+
    Untuk menguatkan Malaysia, kita harus memahami kepentingan rakyat Sarawak kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat agung tri-tahunan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

    "Apa yang menjadi hak mesti dikembalikan kepada Sarawak," katanya.

    Najib menegaskan terdapat batas tertentu yang bagi membincangkan berkenaan hak Sarawak asalkan tidak meminta keluar daripada Malaysia dan rakyat Sarawak sudah semestinya harus menyokong Barisan Nasional.

    Memang benar gerakan untuk keluar dari Malaysia bukanlah satu bentuk penyelesaian untuk mengembalikan hak Sarawak. Ia sesuatu yang kurang rasional dan tidak baik untuk negeri ini.

    Saranan agar rakyat Sarawak menyokong BN kerana hanya kerajaan BN yang membolehkan perkara mengenai hak autonomi Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat dibincangkan.

    Malah Najib telah berulangkali menyatakan beliau terbuka untuk membincang perkara tersebut tanpa menyekat suara Sarawak untuk dikenakan tahanan ISA seperti apa yang telah Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri lakukan terhadap Datuk Seri Maximus Ongkili.

    Malah era Najib ISA tidak wujud lagi. Ini kerana Najib dilihat lebih terbuka dan rasional terhadap isu berbangkit tanpa memberi apa-apa tekanan terhadap kehendak Sarawak.

    Jelaslah Najib bukan seperti dakwaan sesetengah pihak yang hanya menggunakan isu MA63 sebagai peraih undi rakyat kerana terdapat beberapa perkara berkaitan hak Sarawak telah dikembalikan sebelum ini. – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Bebas Utarakan Isu MA63 - Najib "