• Sarawak Bakal Miliki Loji Hidrogen Menggunakan Teknologi Kos Murah

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah loji pengeluaran hidrogen daripada molekul air di Bandaraya Kuching.

    Memetik laporan Utusan Sarawak ketua menteri memberitahu loji pengeluaran tersebut akan menggunakan teknologi dari China lantaran kos yang lebih murah berbanding Jerman.

    “Ketika melawat Jerman, kami mendapati teknolog terbabit amat rumit dan canggih, kemudia melawat China dan mendapati itu (teknologi pengeluaran hidrogen) adalah amat ringkas, saya melihat satu loji di sana yang memisahkan hidrogen dan oksigen dari air menggunakan psroses alkaline dan loji terbabit sudah mengeluarkan hidrogen sejak 17 tahun lepas,” kata beliau.

    Katanya, teknologi Jerman dan teknologi China adalah sama tetapi kos pengeluaran teknologi China adalah lebih murah.

    “Disebabkan itu, saya memutuskan akan mewujudkan loji menggunakan teknologi yang sama (Teknologi China) bagi mengeluarkan hidrogen yang akan terletak di Kuching,” ujar beliau. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Bakal Miliki Loji Hidrogen Menggunakan Teknologi Kos Murah "