• Sanggup Seludup Budak Dalam Papan Pemuka Kereta

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    MADRID - SEPANYOL: Seorang pesara Morocco sanggup menyumbat seorang remaja berusia 12 tahun di bahagian papan pemuka kereta BMW X5 beliau semata-mata mahu menyeludup mangsa masuk ke Sepanyol.

    Menurut laporan The Times, polis menemui remaja berkenaan selepas memeriksa kenderaan suspek di sempadan Morocco-Sepanyol menggunakan alat khas yang mampu mengesan detak jantung.

    "Polis menemui remaja tersebut ketika pemeriksaan menyeluruh. Seorang anggota rasa seperti ada sekujur tubuh selepas memegang papan pemuka. Anggota tersebut kemudian mengopak bahagian berkenaan," kata kenyataan dari polis.

    Selepas mengopak bahagian papan pemuka berkenaan, polis menemui mangsa dalam keadaan pening dan sukar bernafas, selain kebas dan tidak mampu bergerak kerana posisinya.

    Suspek penyeludup yang berusia 65 tahun kini sedang ditahan untuk siasatan dan akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi.

    - Agensi/Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Sanggup Seludup Budak Dalam Papan Pemuka Kereta "