• Samsung Galaxy S8, S8+ Dan Note8 Dalam Merah Jambu

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia kini memperkenalkan telefon pintar Galaxy S8 dan S8+ berwarna ‘Rose Pink’ manakala Note8 pula dalam warna ‘Soft Pink’ dengan pemproses teras dan fungsi kamera dipertingkatkan.

    Telefon pintar, yang dilengkapi kamera 12 megapiksel dan pengimbas biometrik itu juga memiliki slot kad memori SD tambahan sehingga 265 gigabit, serta kepintaran buatan (AI) Samsung, Bixby.

    Sempena perayaan Krismas, Samsung Malaysia Electronics menerusi Galaxy Studio, memberi peluang kepada ​​​​​​pelanggan untuk mengalami ketersambungan mudah alih paling maju Samsung bagi tiga model itu berserta aksesori.

    Jurucakap Samsung, Dara Shaipudin, berkata : “setiap orang boleh mengalami pengalaman secara langsung, ciri-ciri kamera dan video bagi tiga model itu”.

    Beliau berkata kepada Bernama semasa ‘Sweet Treats Workshop’ di Galaxy Studio, yang terletak di hadapan pusat beli belah Lot 10 di sini hari ini.

    Studio itu beroperasi antara 10 pagi dan 10 malam setiap hari sehingga akhir Januari 2018.

    Galaxy Note8 berwarna ‘Soft Pink’ manakala Galaxy S8 dan Galaxy S8+ berwarna ‘Rose Pink’ itu kini boleh didapati di semua outlet Samsung dengan harga masing-masing bermula RM3,999, RM3,299 dan RM3,699 (termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan).

    Ketiga-tiga model telefon tersebut tidak dijual di studio itu. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Samsung Galaxy S8, S8+ Dan Note8 Dalam Merah Jambu "