• Salji Tebal,Angin Kencang Cetus `Huru Hara’ Di Eropah

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+


    BRUSSELS - Angin kencang dan salji tebal di Eropah semalam bukan sahaja mengakibatkan ribuan penduduk terkandas, pelajar tidak dapat ke sekolah malah memaksa urusan diplomasi antarabangsa dibatalkan.

    Cuaca buruk masuk hari kedua di benua itu memaksa kira-kira 300 penerbangan di Brussels, Belgium dibatalkan.

    Malah, satu mesyuarat antara Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncke dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga ditunda.

    Di Perancis, kira-kira 50,000 rumah penduduk terputus bekalan elektrik semalam selepas ribut menjejaskan kawasan tengah dan barat negara itu.- AFP


    Subjects:

  • No Comment to " Salji Tebal,Angin Kencang Cetus `Huru Hara’ Di Eropah "