• Salang Masih Mahu Berkhidmat Di Julau

    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+

    Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Datuk Joseph Salang Gandum membidas pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin melibatkan keengganan beliau dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau yang juga setiausaha agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyifatkan pihak terbabut sebagai terdesak.

    "Ia dilakukan orang yang terdesak. Mereka bergerak ke mana sahaja untuk memberitahu perkara ini termasuk di kalangan tuai rumah yang mana saya memberikan ruang kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Larry Sng," katanya.

    Menurutnya, pelobi Larry juga menjemput tuai rumah untuk jamuan makan yang didakwa dihadiri Salang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

    "Ini satu bentuk penipuan untuk menarik mereka hadir. Apabila mereka hadir, mereka diarahkan untuk menandatangani petisyen bagi mengesahkan pencalonan Larry.

    "Tuai rumah dibayar sehingga RM250 jika mereka menandatangani petisyen yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri. Saya secara peribadi melihat petisyen tersebut," ujarnya.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Salang Masih Mahu Berkhidmat Di Julau "