• Salah Laku Seks, Wartawan New Yorker Dipecat

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    NEW YORK: Seorang wartawan terkenal yang membongkar isu membabitkan pembantu Rumah Putih, Anthony Scaramucci sehingga beliau diberhentikan, dipecat susulan salah laku seksual.

    Ryan Lizza, 43, yang berkhidmat dengan majalah The New Yorker dikatakan terbabit dalam salah laku seksual dengan beberapa teman wanitanya.

    Beliau adalah personaliti media terbaru yang berdepan tindakan keras akibat perbuatan seumpama itu.

    The New Yorker dalam satu kenyataan berkata, Lizza dipercayai terbabit dalam tingkah laku seksual tidak sopan dan ia hanya diketahui baru-baru ini.

    "Kami mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat beliau selepas mengkaji perkara ini secara terperinci. Atas faktor privasi, kami tidak akan memberikan sebarang maklumat lanjut," kata kenyataan itu.

    Dalam satu kenyataan kepada media Amerika Syarikat (AS), Lizza mendakwa pemecatan itu dibuat secara membabi-buta tanpa penyiasatan menyeluruh menggunakan fakta yang relevan.

    "Saya amat terkejut kerana The New Yorker memutuskan bahawa perhubungan saya bersama seorang wanita sebagai tidak sopan.

    "The New Yorker juga gagal menyatakan dengan jelas peraturan syarikat yang tidak saya patuhi dalam hal ini," katanya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Salah Laku Seks, Wartawan New Yorker Dipecat "