• Sahabatku Rupanya Adikku

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+

    Lelaki dari Hawaii yang bertahun-tahun berusaha mengesan bapanya menemui sesuatu mengejutkan - rakan karibnya selama 60 tahun ialah adik tirinya.

    Walter Macfarlane dari Oahu tidak pernah mengenali bapanya dan cuba mencari menggunakan laman web memadan DNA, Ancestry.com yang kemudian memadankan DNAnya dengan pengguna Robi737.

    Menurut Daily Mail yang memetik khon2.com, tanpa disedarinya, rakan baiknya, Alan Robinson Robi737), bekas juruterbang Boeing 737 Aloha Airlines juga menggunakan perkhidmatan itu bagi mengesan keluarganya.

    Robinson yang dijadikan anak angkat, berusaha mengesan ibu kandungnya.

    Keputusan carian laman web berkenaan mendapati kedua-dua mereka mempunyai beberapa padanan DNA, termasuk kromosom X menunjukkan mereka mempunyai ibu kandung yang sama.

    Mereka kemudian berhubung melalui telefon dan bertemu kembali sebelum memutuskan dengan yakin memiliki ibu kandung yang sama.

    “Ia amat mengejutkan!,” kata Macfarlane.

    “Ya, ia semestinya amat mengejutkan,” kata Robinson.

    Kedua-dua mereka dilahir dan dibesarkan di Hawaii dengan perbezaan umur 15 bulan sebelum bertemu buat pertama kali ketika darjah enam.

    Macfarlane dan Robinson mengumumkan penemuan itu kepada rakan dan keluarga Sabtu lalu, dan kini merancang menghabiskan sisa hidup dengan mengembara bersama.

    “Ia amat mengujakan. Ia hadiah Krismas terbaik pernah saya dapat,” kata Robinson.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Sahabatku Rupanya Adikku "