• SABERKAS Simunjan Johan Pertandingan Sepanduk

    Published: Saturday, 2 December 2017
    A- A+

    SIMUNJAN: Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (SABERKAS) Cawangan Simunjan muncul johan Pertandingan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Simunjan 1439H/2017M.

    Kejayaan itu membolehkan SABERKAS Cawangan Simunjan membawa pulang wang tunai RM700 dan piala iringan.

    Naib Pengerusi SABERKAS Cawangan Simunjan, Mohammad Zaini Morshidi berkata, ia adalah julung kali kontinjen tersebut menyertai pertandingan seperti itu.

    Sehubungan itu, beliau menyeru belia di Simunjan untuk menyertai program sosial dan keagamaan anjuran agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO0.

    "Penglibatan seperti ini dapat membendung belia terlibat dengan gejala negatif atau tidak berfaedah," katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " SABERKAS Simunjan Johan Pertandingan Sepanduk "