• S. Kumar Positif Doping

    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Penjaga gol skuad hoki kebangsaan, S.Kumar mengejutkan peminat sukan tanah air apabila disahkan postif ujian doping sewaktu beraksi dalam Piala Asia 2017, Oktober lalu.

    Perkara tersebut diumumkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal dalam sidang akhbar khas di sini, sebentar tadi.

    Dia didapati positif mengambil bahan yang berada dalam senarai larangan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) ketika beraksi pada Piala Asia di Dhaka dan satu ujian rambang dijalankan selepas tamat perlawanan menentang Oman.

    Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) kemudian memaklumkan kepada MHC mengenai ujian doping Kumar menerusi sepucuk surat pada 12 Disember lalu.

    Kumar yang telah beraksi di pentas hoki antarabangsa sejak 18 tahun lalu dikatakan mahu mencabar sampel B dan masih menunggu tarikh sesi pendengaran.

    Pemain kelahiran Tampin berusia 38 tahun itu antara penjaga gol terbaik di dunia, malah dia telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa termasuk dipilih sebagai Pemain Terbaik Asia 2010. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " S. Kumar Positif Doping "