• Russell Simmons Didakwa Rogol Tiga Wanita

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+
    NEW YORK: Umpama bom jangka, pendedahan kes serangan seksual dalam dunia hiburan Hollywood silih berganti.

    Bermula dengan penerbit terkenal Harvey Weinstein, tuduhan demi tuduhan berhubung serangan seksual kini mula menjalar, melibatkan warga Hollywood, termasuk penerbit muzik serta chef selebriti.

    Terbaru, akhbar The New York Times mendedahkan tiga wanita mendakwa pernah dirogol mogul muzik, Russell Simmons.

    Kesemua serangan itu didakwa berlaku antara 1980-an ke 1990-an.

    Pendedahan dibuat pada Rabu itu menyaksikan salah seorang mangsa, Drew Dixon, mendakwa Simmons merogolnya di kediamannya, dan kejadian berlaku pada 1995.

    Seorang lagi mangsa, Tina Baker, mendakwa dirogol Simmons pada awal 1990-an, ketika mogul itu menguruskan kariernya.

    Mangsa ketiga merupakan wartawan Toni Sallie, yang mendakwa dirogol di kediamannya pada 1988.

    Saluran kabel HBO awal bulan lalu memaklumkan sedia mengubah pautan ke rancangan Simmons "All Def Comedy" selepas dakwaan salah laku seksual oleh penulis lakon layar, Jenny Lumet.

    Simmons dalam satu kenyataan menafikan semua tuduhan dan menegaskan hubungan dengan wanita-wanita berkenaan berlaku dengan keizinan mereka. - AstroAwani

    Subjects:

  • No Comment to " Russell Simmons Didakwa Rogol Tiga Wanita "