• Rupa-Rupanya ‘Dating’ Dengan Perompak

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    Sebuah janji temu yang romantis bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang wanita apabila kad kredit dan komputer ribanya dirompak oleh lelaki yang menjadi pasangannya sewaktu makan malam.

    Seorang lelaki dari New York Staten Island tidak mencuri hati wanita itu sebaliknya merompaknya selepas menggunakan kad wanita tersebut untuk membayar makan malam, lapor New York Post.

    Lelaki dan wanita itu bertemu pada 19 November dan selepas selesai makan malam, pencuri tersebut mengambil kad kredit dan Macbook wanita berkenaan yang hanya disedari wanita terbabit selepas dia tidak menjumpai kad miliknya.

    Lebih teruk lagi apabila wanita malang itu menyedari bahawa lelaki 'tak guna' itu membuat beberapa transaksi di farmasi CVS, butik pakaian H&M dan kedai bakeri Au Bon Pain.

    Pihak polis sudah mengenal pasti suspek sebagai Antonio Ruiz iaitu seorang lelaki Hispanik yang berusia antara 30 ke 40-an. - Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Rupa-Rupanya ‘Dating’ Dengan Perompak "