• Rundingan Damai Syria Gagal Lagi

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+


    GENEVA - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan rundingan damai Syria yang terbaharu di sini sebagai `peluang keemasan yang terlepas’ dan mendakwa Syria sebenarnya tidak mahu mengadakan sebarang rundingan.

    Wakil PBB, Staffan de Mistura berkata, tiada sebarang rundingan diadakan dan menyalahkan beberapa delegasi kerajaan yang tidak berminat untuk membincangkan perkara tersebut selain isu keganasan.

    Beliau berkata demikian pada akhir pusingan kelapan rundingan secara tidak langsung di sini antara delegasi yang mewakili Damsyik dan Syria.

    Tujuh pusingan rundingan yang terdahulu yang diusahakan oleh De Mistura turut tidak membuahkan sebarang hasil malah kedua-dua negara seteru itu masih belum bersemuka. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Rundingan Damai Syria Gagal Lagi "