• Rubiah Wang Terajui PBB Cawangan Batu Lintang

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+
    KUCHING : Mesyuarat pemilihan jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N11 Batu Lintang menyaksikan Puan Rubiah Wang dilantik sebagai pengerusi.

    Timbalan pengerusi masih kekal Awang Mahyan dan Buseman Ramli dikekalkan sebagai setiausaha.

    Rubiah dilantik sebulat suara oleh jawatankuasa bagi mengganti mantan pengerusi Dato Idris Buang yang berpindah ke PBB Muara Tuang.

    Lebih 100 ahli hadir ke mesyuarat berkenaan yang bertempat di sebuah hotel terkemuka di sini petang tadi. - Sarawakiana
  • No Comment to " Rubiah Wang Terajui PBB Cawangan Batu Lintang "