• Rooney Mengganas Lagi

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    NEWCASTLE, England: Jaringan babak pertama Wayne Rooney membantu Everton menang tipis 1-0 ke atas Newcastle United, sebentar tadi untuk meneruskan kebangkitan di bawah kendalian Sam Allardyce.

    Gol itu terhasil pada minit ke-27, dengan tolakan bola muntah Rooney menghadiahkan kemenangan sulung buat Everton di tempat lawan dalam 17 perlawanan.

    Newcastle berusaha keras untuk memburu gol penyamaan pada babak kedua dan percubaan terbaiknya hadir menerusi sentuhan Mohamed Diame.

    Pertahanan Ashley Williams nyaris menggandakan jaringan buat Everton, namun percubaannya diselamatkan penjaga gol Newcastle, Karl Darlow.

    Kemenangan itu membolehkan Everton kekal di kedudukan ke-10 liga sementara Newcastle pula yang mana perancang tengahnya, Jonjo Shelvey dibuang padang semakin hampir dengan zon penyingkiran berikutan kekalahan ketujuh daripada lapan aksi terakhir liga. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Rooney Mengganas Lagi "