• RON95 & RON97 Turun 1 Sen, Diesel Naik 3 Sen

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+


    PETALING JAYA: Harga baharu bahan api RON95 dan RON97 turun, manakala diesel pula naik mulai tengah malam ini hingga minggu pertama Januari 2018.

    Harga RON95 dan RON97 turun sebanyak satu sen masing-masing kepada RM2.26 dan RM2.53 seliter.

    Manakala harga diesel naik sebanyak tiga sen kepada RM2.26 seliter.

    Harga baharu ini diumumkan pada Rabu petang dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis sehingga 3 Januari 2018.

    Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " RON95 & RON97 Turun 1 Sen, Diesel Naik 3 Sen "