• RM11 juta naik taraf sistem saliran

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+


    TANGKAK: Pelaksanaan projek menaik taraf sistem saliran Parit Haji Othman di Tanjung Agas, bernilai RM11 juta dijangka mampu mengatasi masalah banjir kilat di kawasan berkenaan.

    Projek naik taraf itu memberi manfaat kepada 7,000 penduduk di beberapa taman perumahan dan kampung yang sering dilanda banjir kilat.

    Ahli Parlimen Ledang, Datuk Hamim Samuri, berkata banjir kilat yang kerap melanda kawasan itu setiap kali hujan lebat.

    "Projek menaik taraf parit sepanjang 981 meter membabitkan peruntukan RM11 juta diharap dapat mengatasi kemelut itu," katanya selepas melancarkan projek naik taraf sistem saliran Parit Haji Othman di Tanjung Agas, di sini, semalam.

    Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd Razak Minhat; ADUN Gambir, Datuk M Asojan; Pegawai Daerah Tangkak, Mahadon Marnin dan Timbalan Ketua Pengarah JPS, Datuk Dr Md Nasir Md Noh.

    Hamim yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, kerja menaik taraf itu membabitkan dua fasa termasuk menggali dan mendalamkan parit serta kerja pemasangan cerucuk, pengukuhan tebing dan menurap jalan.

    "Fasa pertama dijangka siap pada Mac 2019, diikuti fasa kedua taraf pada tahun sama dan dijangka dapat mengatasi penduduk di beberapa taman perumahan dan kampung sekitarnya.

    Penduduk di taman itu, Rohayah Ainnur Ismail, 57, berkata beliau bersyukur kerajaan melaksanakan projek itu masalah banjir kilat yang merunsingkan penduduk.

    "Apabila hujan lebat kami perlu pindahkan barangan. Dengan cuaca tak menentu ia membimbangkan kami," katanya.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " RM11 juta naik taraf sistem saliran "