• Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar US

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Ringgit tidak berubah berbanding dolar US, tanpa hala tuju baharu dan permintaan rendah bagi unit tempatan dalam keadaan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu kukuh, kata peniaga.

    Pada 9 pagi, unit tempatan pada 4.0770/0800 semasa ditutup semalam.

    Bagaimanapun, peniaga berkata jangkaan kadar faedah lebih tinggi dalam pasaran tempatan dan AS, yang telah mendorong dolar kepada paras tertinggi dalam tempoh sebulan semalam, akan menjana minat terhadap risiko hari ini.

    Beliau berkata peningkatan harga minyak, yang kini diniagakan melebihi US$65 setong, tertinggi sejak pertengahan 2015, akan turut membantu memacu permintaan terhadap ringgit hari ini.

    Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

    Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0146/0178 daripada 3.0171/0207 pada Selasa dan naik berbanding yen kepada 3.5927/5960 daripada 3.5933/5963 semalam.

    Ringgit turut mengukuh berbanding pound British kepada 5.4297/4350 daripada 5.4391/4456 pada Selasa dan naik berbanding euro kepada 4.7880/7928 daripada 4.8035/8083 semalam. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar US "