• Ringgit Mengukuh Namun Persepsi Tetap Di Takuk Lama

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+
    Bermula Januari 2017, Ringgit Malaysia membina kekuatan secara konsisten selepas kejatuhan teruk tahun lalu.

    Jika sebelum ini, pihak pembangkang dan penyokongnya begitu ghairah mempromosikan kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan ekonomi Malaysia, mereka kini senyap malah ada yang enggan mengulas langsung bila ditanya kedudukan nilai Ringgit terkini.

    Lebih menyedihkan, kenaikan harga barang yang berlaku sebelum ini akan terus dikaitkan dengan kejatuhan ringgit namun, pada kadar terkini, tiada sebarang penurunan harga barang.

    Ringgit yang sebelum ini mencecah 4.50 kini sudah berada sekitar paras 4.07 berbanding dolar Amerika.

    Dimanakah asas kebenaran tuduhan pembangkang sebelum ini?

    Bagi rakyat yang rasional dan berilmu, mereka dapat melihat perbezaan di antara realiti dan persepsi yang disebarkan pembangkang selama ini tetapi bagi penyokong tegar, kenaikan nilai ringgit akan sedaya upaya dielak untuk dikaitkan dengan sebarang penurunan harga barang.

    Dengan keadaan negara yang semakin maju serta dilengkapi pelbagai kemudahan teknologi terkini, adalah diharap agar rakyat melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan agar dapat membuat perbezaan antara fakta mahupun auta.

    Persepsi tidak pernah menang melawan realiti. Jadilah rakyat yang rasional serta bijak menilai maklumat yang disebarkan.

    Subjects:

  • No Comment to " Ringgit Mengukuh Namun Persepsi Tetap Di Takuk Lama "