• 'Restoran Bogel' Kini Di Paris

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+


    SEBUAH restoran di Paris, Perancis memerlukan pelanggan menanggalkan pakaian mereka di pintu masuk.

    Diberi nama O’naturel, ia merupakan 'restoran bogel' pertama di negara itu bagi memberi peluang kepada pelanggan menikmati hidangan Perancis dalam suasana selesa dan tenang, tanpa seurat benang.

    Namun O’naturel bukanlah 'restoran bogel' pertama di Eropah.

    Pada musim panas 2016, sebuah 'restoran bogel' telah dibuka di London, United Kingdom diikuti sebuah lagi di Tenerife, Sepanyol.

    Kejayaan kedua-dua restoran itu menjadi inspirasi kepada pasangan kembar usahawan Mike dan Stephane Saada untuk menggunakan konsep yang sama di Paris.

    "Kebiasaannya orang akan berbogel pada musim panas," kata Stephane yang berusia 42 tahun, sambil menjelaskan bahawa pelanggan O’naturel boleh menikmati pengalaman 'berbogel' sepanjang tahun. - odditycentral/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " 'Restoran Bogel' Kini Di Paris "