• Rempuh Pejalan Kaki, 16 Cedera

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    Sebuah kereta merempuh pejalan kaki menyebabkan 16 orang cedera hingga ada yang parah dalam kejadian di Flinders Street, Melbourne.

    Pemandu terbabit bagaimanapun ditahan polis Victoria sejurus kejadian yang berlaku ketika waktu sibuk sebelum 5 petang (waktu tempatan).

    Seorang saksi, Sue, berkata kepada stesen radio 3AW bahawa dia terdengar jeritan orang ramai dan melihat mangsa melayang akibat rempuhan itu.

    “Kami dapat mendengar bunyi bising itu dan apabila melihat ke kiri, terdapat kereta putih yang melanggar semua orang,” katanya.

    Paramedik di tempat kejadian merawat dan memindahkan 13 mangsa ke hospital.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Rempuh Pejalan Kaki, 16 Cedera "